Sabtu, 10 Disember 2011

JKKKP GUAR PERAHU MULA EDAR BORANG BR1M DARI RUMAH KE RUMAH

GUAR PERAHU 10 Dis 2011 - Semua Ahli Jawatankuasa JKKKP Guar Perahu telah digerakkan untuk mengedar borang-borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) kepada penduduk dalam kawasan JKKKP Guar Perahu. Gerakan ini untuk memastikan semua penduduk tidak tercicir untuk mendapatkan borang bantuan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Maklumat dan keterangan lanjut sila hubungi Pengerusi JKKKP atau Setiausaha JKKKP Guar Perahu.

Isnin, 12 September 2011

25,000 meriahkan Rumah Terbuka Malaysia di SMK Guar Perahu

GUAR PERAHU 11 Sept. - Hujan sejak awal pagi ternyata tidak menghalang 25,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh di sini hari ini.


Kesukaran untuk meletakkan kenderaan sehingga terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer juga bukan rintangan buat mereka yang hadir sejak pukul 8 pagi lagi untuk menemui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan Perdana Menteri di pekarangan sekolah berkenaan pada pukul 11.30 pagi dengan menaiki teksi disambut sorakan penduduk setempat yang beratur dari pintu masuk dan paluan gendang pelbagai kaum serta kibaran bendera daripada ratusan pelajar.




Ini menyebabkan Najib terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke pentas utama.


Pelbagai juadah disajikan kepada orang ramai pada majlis itu termasuk nasi beriani, ketupat palas, lemang, sate dan laksa utara di samping pelbagai jenis kuih tradisional seperti baulu, bangkit dan dodol.

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang serta memberi sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan .

Selain itu, beliau turut menyampaikan Netbook 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang dari kawasan Permatang Pauh.

Perdana Menteri sebelum itu berkunjung ke rumah seorang penduduk kampung berdekatan, Nor Asmah Othman, 41, yang terpaksa menyara enam anak yang masih bersekolah akibat keuzuran suaminya, Azdly Ahmad Mustafa yang menghidapi penyakit kulit.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG DAN LAWATAN PM KE RUMAH PENERIMA BANTUAN RUMAH PN NOR ASMAH OTHMAN












Khamis, 25 Ogos 2011

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri akan diadakan di SMK Guar Perahu

GUAR PERAHU, 24 Ogos — Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September 2011 bersamaan 13 Syawal 1432H pada hari AHAD, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

MAKLUMAT UNTUK HEBAHAN UMUM.

ESOK(11/9/11)PERKHIDMATAN BAS RAPID AKAN DI SEDIAKAN KHAS DAN PERCUMA BAGI MEMBAWA ORANG RAMAI KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA AIDILFITRI YANG AKAN BERLANGSUNG DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU.

ORANG RAMAI DIMINTA TUNGGU BAS INI DI KG GUAR PERAHU-PADANG IBU-SMKGP
.

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS

Jalan menuju ke smkgp(tapak majlis berlangsung) esok akan ditutup oleh polis. Tempat letak kereta adalah di sekolah kebangsaan guar perahu(sekolah rendah) dan sekolah menengah kebangsaan guar perahu indah(sekolah baru jalan masuk tmn guar perahu). Bas Rapid akan ambil orang ramai di lokasi ini. Sila tunggu di lokasi ini.

Khamis, 11 Ogos 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT JKKKP GUAR PERAHU BERSAMA PENYELARAS KADUN PENANTI BERLANGSUNG MERIAH.

Pada 18 Jun 2011 yang lalu program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Perkarangan Rumah Tuan Haji Abu Bakar Bin Omar. Majlis ini dirasmikan oleh Dato'Abdul Jalil bin Majid(Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh). Perbagai acara-acara dalam bentuk pertandingan telah dijalankan dengan jayanya. Acara kemuncak program ini adalah Acara Cabutan Nombor Bertuah. Kenduri Rakyat 1Malaysia juga telah diadakan pada akhir program ini. Sepanjang program ini berlangsung dari jam 8.00pagi hingga 2.00petang seramai 1300orang telah hadir iaitu ia melebihi sasaran penganjur yang menyasarkan 500 orang akan datang memeriahkan program. Pihak Penganjur iaitu JKKKP Guar Perahu dan Penyelaras Kadun Penanti mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pengunjung yang hadir pada program ini.




GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.











Jumaat, 27 Mei 2011

BERITA PENDIDIKAN





Masyarakat Guar Perahu perlu bersyukur kerana kemudahan -kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk anak-anak kita. Ini adalah keperihatinan pihak-pihak pemimpin khasnya UMNO Cawangan Guar Perahu dan JKKKP dalam permohonannya kepada Kerajaan Persekutuan mengujudkan Sekolah-Sekolah dalam kawasan Guar Perahu.



1.Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.

2.Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah.

3.Sekolah Menengah Agama Al Wataniah 2.

4.Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.

5.Sekolah Agama Rakyat KAFA Guar Perahu.



Rabu, 25 Mei 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT JKKKP GUAR PERAHU

Guar Perahu 25 Mei 2011. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Guar Perahu akan menganjurkan Program Mesra Rakyat. Pada 19 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Perkarangan Rumah Tuan Haji Abu Bakar Omar Guar Perahu. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Berbagai acara Sukaneka dan Sukan Rakyat disediakan untuk masyarakat kampung mengambil bahagian. Acara Memancing merupakan acara kemuncak pada hari tersebut. Setiap penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran dan hadiah-hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang-pemenang. Permainan Dam Aji bersama pemimpin dan Congkak bersama pemimpin juga diadakan bagi merapatkan lagi silatulrahim para pengunjung.

Penyertaan boleh dibuat melalui Borang Pendaftaran yang akan dikeluarkan Pihak Urusetia Pertandingan sebelum 19 Jun 2011. Pengunjung juga akan dihidangkan dengan Jamuan Tengahari Ala Kampung.

Pihak Urusetia Program dan Setiausaha JKKKP Guar Perahu akan menghebahkan berita-berita terkini mengenai program tersebut dari semasa ke semasa melalui Laman Blog Rasmi JKKKP Guar Perahu, Laman Facebook Rasmi JKKKP Guar Perahu serta melalui hebahan umum.

LIGA BOLA SEPAK DUN PENANTI

Dalam Liga ini Pasukan Guar Perahu FC telah menyertainya. Liga ini terbahagi kepada 4 Kumpulan dan Guar Perahu FC berada dalam Kumpulan A. Bagi Kumpulan A dan B perlawanan ini berlangsung di Padang Mengkuang Titi. dan bagi Kumpulan C dan D di Padang SMK Guar Perahu. Pada perlawanan pertama Pasukan Guar perahu FC telah berjaya menumpaskan lawannya dengan keputusan 2-0.
Perlawanan seterusnya yang melibatkan Pasukan Guar Perahu FC adalah pada 5 jun 2011(AHAD) di Padang Mengkuang Titi pada jam 5.00petang. Kepada semua penduduk KG Guar Perahu dan Penyokong Pasukan Guar Perahu FC sama2 lah kita memenuhi segenap penjuru padang bagi menyokong pasukan Guar Perahu FC bermain.

Khamis, 12 Mei 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Dan Setiausaha JKKKP

Kepala Batas, 12 Mei 2011.
Bertempat Di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pengerusi JKKKP Guar Perahu Tuan Haji Abdul Wahab Bin Rauf dan Setiausaha JKKKP Guar Perahu Encik Abu Saman@Bakar Nayan adalah antara penerima Watikah Pelantikan dari Y.Bhg. Dato' Zainal Abidin Bin Osman Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) jam 9.30 pagi tadi.

Antara Pengerusi Penyelaras JKKKP yang hadir adalah Dato' Abdul Jalil Bin Abdul Majid (Pengerusi Penyeleras JKKKP Parlimen Permatang Pauh).

Majlis tersebut dikelolakan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

Selasa, 10 Mei 2011

Mesyuarat Pertama JKKKP Guar Perahu Sesi 2011/2012

Pada ketetapan 06/05/2011 Jam 9.30malam mesyuarat tersebut telah dapat di sempurnakan seperti dirancang di Dewan Hajah Mah Guar Perahu.



Mesyuarat pertama tersebut turut disertai Dato' Abdul Jalil Bin Abdul Majid(Pengerusi Penyelaras JKKKP Parlimen Permatang Pauh), Encik Ibrahim bin Ahmad(Penyelaras DUN Penanti).
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih pada kedua-dua pemimpin yang telah meluangkan masa ke mesyuarat tersebut.

Bicara Nasib Melayu bersama Sahabat