Rabu, 19 Februari 2014

BR1M MULA DI EDAR 22.2.2014

Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 akan mula diagihkan pada 22.2.2014 ini. Menurut PM beliau akan melancarkan BR1M 3.0 ini pada di Kuala Lumpur bagi peringkat Kebangsaan dan penerima yang layak akan mula menerima melalui akaun bank mereka sejurus beliau melancarkan di peringkat kebangsaan. Bagi penerima yang tiada akaun bank bantuan akan mula diagihkan pada 23.2.14 iaitu keesokan harinya di kawasan masing-masing dan ia dijangka akan mengambil masa sehingga 20 hari untuk diselesaikan.

Pada kali ini kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM650 daripada RM500 sebelum ini. Bagi golongan bujang pula kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM300. Bagi BR1M 3.0 ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baru seperti Insurans dan golongan sasar baru diperkenalkan.

Semua yang Kerajaan lakukan adalah semata-mata bagi membantu rakyat. Jika tiada kerajaan yang cekap seperti Kerajaan BN semua ini ia akan menjadi janji. Janji yang dibuat oleh BN bukan sekadar janji bulan dan bintang semata-mata. Janji yang Kerajaan lakukan adalah berdasarkan apa yang telah dikaji.

Bantuan ini juga akan ditingkatkan kepada RM1200 dalam masa 5TAHUN oleh itu janganlah kita termakan hasutan dari pihak tertentu yang mengatakan Kerajaan gagal mengotakan janji mereka. Rakyat malaysia adalah golongan yang cerdik pandai hasil dari sistem pendidikan yang diterajui oleh BN oleh itu janganlah kita mudah percaya dengan cakap-cakap yang tiada asasnya. Selidik apa jua jenis berita yang diterima.

Sebarang pertanyaan mengenai BR1M anda boleh menghubungi pihak LHDN di Hotline 1-300-88-3010 atau Kementerian Kewangan Malaysia 1-800-222-500.