Rabu, 25 Mei 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT JKKKP GUAR PERAHU

Guar Perahu 25 Mei 2011. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Guar Perahu akan menganjurkan Program Mesra Rakyat. Pada 19 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Perkarangan Rumah Tuan Haji Abu Bakar Omar Guar Perahu. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Berbagai acara Sukaneka dan Sukan Rakyat disediakan untuk masyarakat kampung mengambil bahagian. Acara Memancing merupakan acara kemuncak pada hari tersebut. Setiap penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran dan hadiah-hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang-pemenang. Permainan Dam Aji bersama pemimpin dan Congkak bersama pemimpin juga diadakan bagi merapatkan lagi silatulrahim para pengunjung.

Penyertaan boleh dibuat melalui Borang Pendaftaran yang akan dikeluarkan Pihak Urusetia Pertandingan sebelum 19 Jun 2011. Pengunjung juga akan dihidangkan dengan Jamuan Tengahari Ala Kampung.

Pihak Urusetia Program dan Setiausaha JKKKP Guar Perahu akan menghebahkan berita-berita terkini mengenai program tersebut dari semasa ke semasa melalui Laman Blog Rasmi JKKKP Guar Perahu, Laman Facebook Rasmi JKKKP Guar Perahu serta melalui hebahan umum.

Tiada ulasan: