Kepada penerima BR1M yang lepas mereka tidak perlu
mendaftar semula untuk kali ini. Mereka hanya perlu mengemaskini permohonan
mereka secara online di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
dan pendaftaran secara manual boleh
dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.
Berikut adalah langkah-langkah
penambahbaikan yang telah di laksanakan oleh Kerajaan.
1. Bagi pendapatan
isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Kadar bantuan telah ditingkatkan kepada RM650
.(ditambah baik)
2. Bagi
pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Kerajaan
telah bersetuju untuk memberi bantuan pada kadar RM450. (baru dilaksanakan)
3. Bagi
individu bujang berumur 21 Tahun ke atas & pendapatan sebulan RM2,000 ke
bawah kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar bantuan kepada RM300.
(ditambah baik)
4.
Kerajaan juga akan memperkenalkan insurans kepada penerima BR1M 3.0 yang
telah berkeluarga.
Dengan
langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan ini ia di
harap dapat membantu para penerima untuk menampung kos sara hidup mereka.
Untuk
pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716
atau terus ke Pejabat LHDNM berhampiran.
Jika penduduk dalam JKKKP Guar Perahu ada pentanyaan berkenaan hal ini anda boleh terus merujuk kepada Pengerusi / Setiausaha JKKKP atau terus menghantar pesanan di laman Facebook JKKKP Guar Perahu atau email guarperahu@gmail.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan