Selasa, 8 Mei 2012

PROGRAM MESRA RAKYAT JKKKP GUAR PERAHU DENGAN KERJASAMA PENYELARAS DUN PENANTI KALI KE-2 BERLANGSUNG MERIAH.

GUAR PERAHU 6 Mei 2012. - Majlis Mesra Rakyat JKKKP Guar Perahu dengan kerjasama Penyelaras Dun Penanti yang berlangsung di Persisiran Sungai Kulim, Bukit Berangan yang berada dalam kawasan JKKKP Guar Perahu berlangsung dengan jayanya di sini hari ahad yang lepas.


Majlis yang di rasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato Abdul Jalil bin Abdul Majid ini berjaya menghimpunkan penduduk Kg Guar Perahu, Kg Guar Jering, Kg Padang Buluh, Kg Kubu, Kg Terus, Kg Padang Temusu, Kg Padang Ibu, Kg Bukit Berangan dan ada juga yang datang dari kawasan yang berhampiran.

Walaupun Program ini berlangsung dalam cuaca hujan ia tidak menghalang orang ramai untuk menghadirinya. Ia berjaya mengumpul seramai 2000 orang dari jam 8.00 Pagi hingga 3.00 Petang. Antara acara yang di pertandingankan ialah Dam Aji, Dam Ular, Kupas Nenas, Kupas Epal, Pertandingan Mewarna dan acara utama iaitu Memancing. Cabutan no bertuah juga diadakan. Kenduri Rakyat turut ada pada akhir program ini.

Majlis juga di serikan lagi dengan celoteh DJ Mutiara FM yang menemani pengunjung dari program bermula hingga berakhir.

Hadir sama ke Majlis ini ialah Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang, Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dan juga Tim. Ketua Balai Polis Kubang Semang,



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM.












LEBIH BANYAK GAMBAR SILA KE LAMAN WEB DI BAWAH.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.348533585202455.85769.100001374497888&type=3

Tiada ulasan: