Khamis, 3 Januari 2013

PENDAFTARAN BR1M DILANJUT.

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sepatutnya tamat pada 31 Disember lalu, dilanjutkan kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh pendaftaran berkenaan.

"Pemohon yang layak boleh terus mendaftar sama ada menggunakan borang kertas BR1M 2.0 atau pun melalui sistem dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

"Kami berharap pemohon yang masih belum lagi mendaftar mengambil kesempatan lanjutan tempoh ini untuk mendaftar," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 1-800-88-BR1M (2716) atau 03-8313 8987/88/89 atau e-mel bajet2013@treasury.gov.my.

"dipetik  daripada Utusan Online."

Kepada penduduk kawasan JKKKP Guar Perahu yang masih belum memohon anda bolehlah mendapatkan borang Pendaftaran BR1M 2.0 daripada Setiausaha JKKKP Guar Perahu, Encik Bakar Nayan atau wakil-wakil JKKKP kampung masing-masing.

Tiada ulasan: