Rabu, 4 Ogos 2010

Sukaneka Guar Perahu pada sabtu 7.8.2010

Kepada semua penduduk guar perahu dijemput datang beramai kedewan Hajah Mah Guar Perahu pada 7/8/10 untuk kita sama-sama memeriahkan lagi sukaneka ini.Pelbagai acara akan diadakan seperti mewarna dan perbagai lagi acara yang menarik

Jumaat, 23 Julai 2010

Subject: Amalan Sebelum Wafat

Assalamualaikum…..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. '

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah
pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah
melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah
hidup mereka kepada yang lebih baik


Subject:
Amalan sebelum wafat

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad)

Ahad, 18 Julai 2010

JOM PI PASAR MALAM BrinCHanG, cAMERon HiGhLanD

Mutiara Kata Buat Renungan BerSaMA~~~~~~

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sabtu, 17 Julai 2010

AKTIVITI BLOGGERS HARI INI





JKKKP PEMBELA BELIA

JKKKP juga bekerjasama dengan gerakan Belia 4B dalam memastikan golongan belia tidak tercicir dalam aktiviti yang dijalankan.


Remaja permata negara





Salam 1 Malaysia 1 JKKKP

Generasi muda adalah pemangkin kepada pembangunan negara. Oleh itu, pendedahan yang lebih terkini mestilah diterapkan supaya ia akan lebih bernilai. Jadi, JKKKP Guar Perahu telah menganjurkan program untuk remaja kampong.


Jumaat, 16 Julai 2010

PROGRAM e-KOMUNITI DAN PEMANTAPAN KEPIMPINAN

CAMERON HIGHLAND 16 Julai 2010-Seramai 32 orang peserta dari Daerah Seberang Perai Tengah telah selamat tiba di Rumah Rehat Sri Pahang Cameron Highland bagi mengikuti Program e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan. Program ini telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 16 hingga 18 Julai 2010. 4 orang wakil JKKKP Guar Perahu MK21 telah mengikuti program ini bagi menambah pengetahuan dalam teknologi maklumat.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk membentuk dan mengeratkan ukhwah permuafakatan antara Pengerusi JKKKP dan pemimpin masyarakat lain di samping menambah pengetahuan teknologi maklumat (ICT) melalui latihan pembinaan laman blog, laman sosial dan media baru lain.

Semoga program ini dapat memberi banyak input berguna kepada para peserta program terutamanya wakil JKKKP Guar Perahu MK21.

Sekian.