Khamis, 25 Ogos 2011

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri akan diadakan di SMK Guar Perahu

GUAR PERAHU, 24 Ogos — Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September 2011 bersamaan 13 Syawal 1432H pada hari AHAD, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

MAKLUMAT UNTUK HEBAHAN UMUM.

ESOK(11/9/11)PERKHIDMATAN BAS RAPID AKAN DI SEDIAKAN KHAS DAN PERCUMA BAGI MEMBAWA ORANG RAMAI KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA AIDILFITRI YANG AKAN BERLANGSUNG DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU.

ORANG RAMAI DIMINTA TUNGGU BAS INI DI KG GUAR PERAHU-PADANG IBU-SMKGP
.

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS

Jalan menuju ke smkgp(tapak majlis berlangsung) esok akan ditutup oleh polis. Tempat letak kereta adalah di sekolah kebangsaan guar perahu(sekolah rendah) dan sekolah menengah kebangsaan guar perahu indah(sekolah baru jalan masuk tmn guar perahu). Bas Rapid akan ambil orang ramai di lokasi ini. Sila tunggu di lokasi ini.