Jumaat, 16 Julai 2010

PROGRAM e-KOMUNITI DAN PEMANTAPAN KEPIMPINAN

CAMERON HIGHLAND 16 Julai 2010-Seramai 32 orang peserta dari Daerah Seberang Perai Tengah telah selamat tiba di Rumah Rehat Sri Pahang Cameron Highland bagi mengikuti Program e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan. Program ini telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 16 hingga 18 Julai 2010. 4 orang wakil JKKKP Guar Perahu MK21 telah mengikuti program ini bagi menambah pengetahuan dalam teknologi maklumat.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk membentuk dan mengeratkan ukhwah permuafakatan antara Pengerusi JKKKP dan pemimpin masyarakat lain di samping menambah pengetahuan teknologi maklumat (ICT) melalui latihan pembinaan laman blog, laman sosial dan media baru lain.

Semoga program ini dapat memberi banyak input berguna kepada para peserta program terutamanya wakil JKKKP Guar Perahu MK21.

Sekian.



2 ulasan:

Opah berkata...

Salam untuk semua peserta, selamat berkursus dan gunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu pengetahuan dan mempraktikkannya.

Jkkkp Guar Perahu berkata...

terima kasih opah..semua peserta telah selamat pulang ke tempat kediaman masing2.