Khamis, 25 Ogos 2011

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri akan diadakan di SMK Guar Perahu

GUAR PERAHU, 24 Ogos — Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September 2011 bersamaan 13 Syawal 1432H pada hari AHAD, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

MAKLUMAT UNTUK HEBAHAN UMUM.

ESOK(11/9/11)PERKHIDMATAN BAS RAPID AKAN DI SEDIAKAN KHAS DAN PERCUMA BAGI MEMBAWA ORANG RAMAI KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA AIDILFITRI YANG AKAN BERLANGSUNG DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU.

ORANG RAMAI DIMINTA TUNGGU BAS INI DI KG GUAR PERAHU-PADANG IBU-SMKGP
.

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS

Jalan menuju ke smkgp(tapak majlis berlangsung) esok akan ditutup oleh polis. Tempat letak kereta adalah di sekolah kebangsaan guar perahu(sekolah rendah) dan sekolah menengah kebangsaan guar perahu indah(sekolah baru jalan masuk tmn guar perahu). Bas Rapid akan ambil orang ramai di lokasi ini. Sila tunggu di lokasi ini.

Khamis, 11 Ogos 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT JKKKP GUAR PERAHU BERSAMA PENYELARAS KADUN PENANTI BERLANGSUNG MERIAH.

Pada 18 Jun 2011 yang lalu program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Perkarangan Rumah Tuan Haji Abu Bakar Bin Omar. Majlis ini dirasmikan oleh Dato'Abdul Jalil bin Majid(Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh). Perbagai acara-acara dalam bentuk pertandingan telah dijalankan dengan jayanya. Acara kemuncak program ini adalah Acara Cabutan Nombor Bertuah. Kenduri Rakyat 1Malaysia juga telah diadakan pada akhir program ini. Sepanjang program ini berlangsung dari jam 8.00pagi hingga 2.00petang seramai 1300orang telah hadir iaitu ia melebihi sasaran penganjur yang menyasarkan 500 orang akan datang memeriahkan program. Pihak Penganjur iaitu JKKKP Guar Perahu dan Penyelaras Kadun Penanti mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pengunjung yang hadir pada program ini.




GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.